Saturday, February 12, 2011

7 wasiat raja2 melayu

Selepas hampir seminggu lebih tidak berkongsi tentang kehidupan saya, ini adalah kerana saya menghadiri program motivasi Kem Bina Negara anjuran PUNb di negeri sembilan.. alhamdulillah kerana saya dapat menjayakan dengan cemerlang kursus motivasi ini.. Perkara yang paling menarik dan membuat saya begitu tertarik adalah tentang wasiat raja2 melayu di dalam asas pembentukan Pelembanggan Persekutuan Tanah Melayu.. di sini saya akan berkongsi kepada kawan2 sebagai iktibar dan pengajaran pada semua..


31 Ogos 1957 adalah satu tarikh yang Allah telah pilih, sebagai pengisytiharan bagi mengurniakan nikmat yang besar kepada kita rakyat Malaysia. Setelah sekian lama, akhirnya Allah telah mengurniakan kembali nikmat kemerdekaan dan kedaulatan untuk negeri Tanah Melayu ini. Sejak peristiwa tragis tahun 1511 Empayar Melaka diserang Portugis, hanya pada tahun 1957 inilah, Tanah Melayu kembali merdeka. 446 tahun yang amat panjang! Namun begitu, barang perlu diingatkan,nikmat ini milik Allah. Nikmat ini hak mutlak Allah. Nikmat ini Allah boleh beri dan Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Nikmat ini wajib kita syukuri. Nikmat ini wajib kita isi dengan 'ketaatan kepada Allah, sebagaimana panduan Rasulullah s.a.w.'!
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Entah mengapa, hati saya sayu apabila membaca patah-patah perkataan di dalam wasiat ini!

Jika kita lihat dalam wasiat ini, selain hikmah dalam pentadbiran negara, ada satu wasiat yang sangat mendalam hikmahnya, untuk kita semua renungkan. Wasiat ini mengatakan: "Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan."

Jika kita semak Perlembagaan Persekutuan, kita dapati sememangnya tidak pernah dinyatakan perkataan Islam adalah agama RASMI Persekutuan. Bila ada rasmi, boleh ada TIDAK RASMI. Jadi perkataan yang digunakan ialah "Islam ialah AGAMA PERSEKUTUAN." Maknanya, jika entiti Persekutuan ini diibaratkan seorang individu, maka Persekutuan ini ada agamanya, iaitu Islam. Apabila Islam dikatakan sebagai agama Persekutuan, maka agama lain tidak boleh lagi menjadi agama kepada Persekutuan. Macam seseorang yang beragama Islam, maka dia tidak boleh pula dalam masa yang sama beragama dengan agama yang lain pula.

Agama lain hanya diperuntukkan dalam Perlembagaan sebagai boleh diamalkan dengan bebas dan aman di dalam Persekutuan Tanah Melayu ini. Itupun dengan batasan, tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. Agama lain diberikan kebebasan untuk diamalkan, namun sesekali tidak boleh menyamai taraf dan berkongsi hak Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN. Perlembagaan menyatakan SPB Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Maka Perlembagaan juga telah memperuntukkan bahawa di dalam Ikrar Pelantikan sebagai YDP Agong, Seri Paduka Tuanku berjanji untuk mempertahankan Islam setiap masa dan dalam apa sahaja keadaan. Perlembagaan juga memperuntukkan, sebagai agama Persekutuan, belanjawan boleh diambil daripada khazanah negara mahupun negeri, bagi tujuan kemaslahatan agama Islam. Inilah hak dan taraf Islam sebagai agama Persekutuan.
Sebenarnya, sesuai dengan Ikrar SPB Yang di-Pertuan Agong dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, maka setiap apa yang hendak dilakukan di negara ini perlulah menjaga kemuliaan dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan.

Raja-Raja Melayu telah meletakkan asas yang baik dan penuh hikmah, tinggal lagi, sejauhmana kita yang mewarisi amanah ini mampu memahami, menghayati dan melaksanakannya?

Oh Allah... bantulah kami!

Friday, January 28, 2011

ASB?? menguntungkan atau sebaliknya??

Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog usahawanmatborblogsopt.com. Nampak gaya, semakin seronok saya dengan blog ini. Walaupun terlalu banyak kerja yang perlu disiapakan dengan salesnya,marketingnya, urusan undang2 nya dll....Walaubagaimana pun, saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menjadi usahawan dalam diam2 atau org skrg pggl pendapatan pasif..InsyALLAH dengan sedikit perkongsian saya ini dapat membantu semua kawan2 saya untuk menambah pendapatan pasif..:)



Saya baru sahaja selesai memindahkan sejumlah wang dari akaun Maybank saya ke dalam akaun ASB saya. Tujuan saya mudah, agar dapat memupuk minat menabung dalam diri. Maklumlah, sekarang terlalu boros, perlu menyemai sifat menabung dalam diri. Sikit lama-lama jadi bukit.
Pada awalnya, saya hanya menabung di dalam bank-bank konvensional tempatan seperti bank rakyat, dan maybank. (CIMB bank yang selalu di guna untuk wang keluar masuk. Jadi tidak boleh menyimpan di dalamnya. Nanti habis :D )
Tetapi saya dapati ada satu masalah besar apabila kita ‘menyimpan’ di bank-bank. Satu kelemahan adalah, apabila kita membuka akaun, kita akan di bekalkan dengan ATM Card bersama. Dan apabila ini terjadi, dalam masa kesempitan wang, kita dengan senang hati akan mengeluarkan card yang ‘kononya’ simpanan, dan mengeluarkan sejumlah wang simpanan untuk digunakan. Fuh, yang di anggap simpanan, akhirnya di gunakan.
Kebiasaannya, saya cuba untuk menahan diri sendiri daripada menggunakan card-card ATM bank simpanan seperti maybank dan bank rakyat. Tetapi kadang kala, godaan tetap besar. Tidak dapat tidak, saya kecundang!
Jadi saranan saya pada kali ini, bagi anda yang suka menyimpan, bukalah satu akaun ASB, dan simpan duit anda di sana. Ia selamat dan mudah mudahan wang anda akan di laburkan dan ia akan bertambah dengan lebih banyak. Paling penting, tiada ATM card. Usah risau!
Untuk menambah akaun pelaburan juga, amat senang dengan khidmat maybank yang boleh anda gunakan. Hanya log in ke akaun maybank2u.com.my, anda boleh menanbah akaun ASB anda secara online. Mungkin jika kekurangan wang, cuba amalkan dengan menabung RM50 sebulan sekurang-kurangnya. Saya percaya, ia bukanlah satu nilai yang terlalu besar dan ia bukanlah satu beban. Fikirkan kelebihan yang anda akan dapat.
” Tak payah simpan banyak-banyak sekali simpan, cukup RM50, tetapi konsisten” itu nasihat seorang rakan kepada saya. Ringkas, tetapi padat.

Kesimpulannya, untuk menabung;
  1. Buka akaun simpanan ASB anda hari ini, jangan berlengah! – Caranya senang, anda hanya perlu ke cawangan ASB terdekat, pejabat pos atau bank-bank ajen ASB terdekat seperti maybank dan CIMB.
  2. Pastikan anda menabung secara consisten – cth RM50 sebulan
  3. Kurangkan perbelanjaan – Cuba elakkan membeli barangan yang tidak di perlukan (Atau makan secara berlebihan :D )
  4. Jika anda tidak bersetuju dengan cara di atas, potong sahaja card ATM anda!
  5. Sebenarnya kalo korg bt pinjaman maybank pon bagus sbb di bwh 50k anda tidak perlu slip gaji atau lain2 penjamin, ckuplah sekadar bwk ic dan wang rm60 untuk membuat pinjaman. Tp diingatkan supaya pinjaman yang dilakukan dapat dilunaskan mengikut jadual yang diitetapkan dan pembayaran hendaklah konsisten. 
Marilah menabung! :)

Thursday, January 27, 2011

salam Perkenalan

My name is Mat Bor atau nma sebenar Ahmad Burhanuddin Bin Ahmad Bakhir.hehehe.. Saya merupakan bekas penuntut USM di dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan. Berbeza dengan bidang yang saya pelajari, saya merupakan individu yang sangat gemar berniaga atau mempelajari selok belok perniagaan atau keusahawanan. Kenapa?? entah, maybe mmg ada di dalam darah saya agaknya.. Sekarang saya sedang mengikuti Program Keusahawan Siswazah Perantis di bwh kelolaan PUNB ( agak2 korg kenai x?..hehe) Punb nie Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, khas utk kaum bumiputera sahaja.. (Maybe kaum lain dh mempunyai ekonomi yg kuat dan kukuh). Berbalik kepada program nie, saya sekarang di dalam bidang Printing and Advertising (sblm msuk bidang nie, mmg kosong sya psl2 design, lgsg xtau ap2) dlu igt lg Branch manager kat sg petani, khai tnya, tau design x? jwb xtau la. pas2 tnya cni wat adobe photoshop ka? sbb tue ja pon sya tau psl program utk 'men' design..bile khai sebut coreldraw, sya pon trus blur, xtau ap2) Kesian... hehee.. tp ap2 pon seme menda kat dunia kte boleh belajar, Dimana ada Kemahuan, Di Situ ada Highway... hehehhe.. jgn jd sempit dh la..hehe.. ckupla sebagai pengenalan ( ada org nk bc ka blog ak nie) huhuhu... berserah jala